02 June 2008
Good Parent
If u look closely, you can see them everywhere..
They are the one who loves their children,
no matter what they've done.
They are the one who treasure every seconds spent
with their sons, and daughters.
They are the one who can't help but worry
what the future would bring,
They are the one who sacrifice everything,
so that their children could be happy.
- Mary Alice Young -
01 June 2008
Why Airport?
Airport as decribed by wikipedia is a facility where aircraft such as airplanes and helicopters can take off and land. An airport minimally consists of one runway or helipad (for helicopters), but other common components are hangars and terminal buildings.
Additionally, an airport may have a variety of facilities and infrastructure, including fixed base operator services, air traffic control, passenger facilities such as restaurants and lounges, and emergency services.
For me it's not just another transportation infrastructure but an airport actually symbolizes love. I believe if you ever take time to spend just a litlle while at any airport arrivals hall, I have a sneaky feeling you would see love actually is all around.
That why when I stressed out by my studies I always go to Frankfurt Aiport. Yeah apart from it is the closes thing to home, I get to see love at its purest condition. Often it's not particularly dignified or newsworthy but it's always there. Fathers and sons, mothers and daughters, husbands and wives, boyfriends, girlfriends, old friends. No hate. No anger. No prejudice. Just love.
As arrogant as I may have been, I still believe in Love. Maybe my love definition is not the same as you but.. the facts is I still believe in loves. Love motivates me. It plays important role in my life.Since airport symbolizes love, thus airport is also important to me. So it doesn't take a German Engineer to understand my choice of airport where I land, take off or taxi.
General opinion dictates, it would be better for me to fly via SIN instead of via KUL when I go back to my hometown in Johor Bahru from Karlsruhe. But I solemnly know for sure the day I fly via SIN for my summer holiday is the day I stop believing in loves. Why?
Well simply I know, without doubt, I'll be alone at departure gate in SIN whereas via KUL still get to see the love of my family, my mum, my dad, my brother; Hafiz, my sis in laws; Azalina, my sisters; Elmy, Eina, Ezrin and my nephew, Syahmi at JHB and in KUL my lovely girl, Azizah.
So next time any of you see me seating around in an airport, Let it be known I am just there to experience.............. Love.
SIN = Singapore International Airport, Changi
KUL = Kuala Lumpur International Airport, Sepang
JHB = Sultan Ismail International Airport, Johor Bahru
31 May 2008
Sex could kill You!!!

1) Pupils dilate.
2) Arteries constrict.
3) Core temperature rises.
4) Heart races,
5) Blood pressure skyrockets.
6) Respiration becomes rapid and shallow.
7) The brain fires bursts of electrical impulses from nowhere to nowhere.
8) Secretions spit out of every gland,
9) The muscles tense and spasm like you're lifting three times your body weight.
It's violent, it's ugly, and it's messy. And if God hadn't made it unbelievably fun, the human race would've died out eons ago.Men are lucky they can only have one orgasm. You know that women can have an hour-long orgasm?
According to Dr. Allison Cameron, Princeton Plainsboro Teaching Hospital, 30 Nov. 2004
This Old Thing Called Love
Lepas tu mulalah bermadah, berseloka berjiwang, pijak semut tak mati, mandi tak basah sebab tak siram betul-betul, tidur tak lena sebab nyamuk banyak, dsb.
ALL THE WRONG REASONS
Bagi saya, jika sesuatu pasangan "jatuh cinta" dan berhasrat untuk bersatu secara sah DENGAN SEBAB YANG SALAH (all the wrong reasons).. be it for looks, wealth, sex, etc.... apabila tiba satu insiden yang 'menghilangkan' kualiti sedemikian pada pasangan tersebut, maka yang satu lagi akan mula berubah hati.
Contohnya, Abu kawin dengan Minah sebab utamanya kerana Minah nih sekali pandang macam Maya Karin dan Abu ni pulak memang terkenal dengan kejantanannya. Apa jadi jika ditakdirkan satu hari nanti Minah berubah rupa dan bentuk seperti belakang bontot bas dan Abu terpaksa melawat mereka yang memberi khidmat "Khusus Untuk Lelaki" but to no avail?
Jadi yang paling penting ialah NAWAITU.... and the safest, the best Nawaitu in my opinion is loving/marrying someone "kerana Allah"..
Other than that, it's because of the person he/she REALLY is and NOT the person you WANT him/her to be...get that right, first of all...
KEBEBASAN YANG DIBELENGGU
Satu lagi alasan ialah kerana "menginginkan teman hidup yang seiring sejalan, memahami dan sentiasa bersama". Pada pendapat saya, dalam setiap perkahwinan, kedua-dua pasangan perlu tahu membawa diri. Perlu ada satu ruang "kebebasan" dalam setiap pasangan yang mana pasangan yang lain tidak boleh campur.
Kebebasan ini bukanlah kebebasan untuk "main kayu tiga", atau macam Bill Gates yang buat rule supaya isterinya membenarkan beliau bersama dengan bekas kekasihnya sekali dalam setahun. Kebebasan yang saya maksudkan ialah "room to move". Ruang untuk masing-masing berdiri sebagai individu.
Ini memandangkan bahawa batiniah manusia secara umumnya, TAK BOLEH DIBELENGGU SEPENUHNYA. Kalau dibelenggu teruk, jiwa akan memberontak dan akan mula melakukan perkara yang tak sepatutnya dilakukan. Kalau dibelenggu teruk, pasangan kita akan mula muak dan mencari jalan untuk membebaskan diri
Dari belenggu tersebut.
THERE ARE NO MR/MS PERFECT
Dari remaja -- terutama bila menonton filem Hindustan, dengar lagu cintan, minat celebriti ini itu, baca Mills and Boon, dsb -- kita telah membentuk satu imej yang kita anggap sebagai 'Mr/Ms Perfect" yang kita inginkan dalam hidup. Kadangkala kita jatuh cinta dengan "cinta" itu sendiri dan bukan pada orangnya.
Bila kita bertemu seseorang yang menepati gambaran "Mr/Ms Perfect" kita tuh, kita mulalah angau. Terutamanya kalau cinta berbalas. Kemudian, mungkin dengan tak berfikir panjang kita terus berhasrat untuk bersatu.
Namun selepas berkahwin, lepas masuk dan bangun tidur di sebelah muka/bau yang sama day in day out, mungkin kita akan terdetik bahwa "dia ni bukan macam yang aku bayang dulu". Mereka yang beranggapan begini adalah mereka yang tak dapat menerima hakikat bahawa beliau sebenarnya TIDAK MENYINTAI PASANGANNYA.
Bagi saya, kalau benar-benar cinta, you'll accept your partner as he/she is. Menerima kekurangan dan kelebihannya. Menerima kebaikan dan keburukannya. And above all, remain true to each other. Realiti adalah jauh bezanya dari fantasi. Jangan banyak sangat merewang tak berpijak di bumi nyata. Kelak bila jatuh merudum kena pakai plaster satu badan...
Lebih memudaratkan kalau salah seorang pasangan tadi bertemu orang lain yang KONONNYA menepati gambaran "Mr/Ms Perfect" tadi. And the vicious circle began all over again...fall in love, buat affair, kawin and lastly terdetik sekali lagi bahwa "dia ni bukan macam yang aku bayang dulu".
We have to BREAK AWAY from the circle.
EVERYONE LIKE SURPRISES
Sebelum saya kahwin dulu, Pak Long saya ada beri nasihat --- "masa kawin, Asrul cuma akan tahu 30% dari Nani (orang rumah sayer sekarang). Yang 70% lagi hanya boleh diketahui lepas berkahwin dan ianya bergantung pada camner Asrul sendiri membentuk isteri".
Err...I am STILL discovering, Pak Long!!!
Mungkin perlu ditinggalkan sedikit "misteri" untuk pasangan kita "discover" dari masa ke semasa. To me, the key to a successful marriage (besides trust and love), ialah surprises and sponteniety. Just when you thought that it's time for you to visit the marriage lawyer or mahkamah syariah, your partner will come up with something new that makes you fall in love with him/her all over again.
Hakikatnya ialah kerana lelaki dan wanita dijadikan Tuhan sebagai 2 species yang berbeza, terutamanya dari segi batiniah dan mainan perasaan. Bila tiada lagi yang 'misteri', mungkin itulah permulaan masing-masing 'berubah hati' terutama jika sebab sebenar mereka berkahwin pada awalnya tadi sememangnya salah.
TAKDER ZURIAT
Berbalik semula pada "There Are No Mr/Ms Perfect". Jika setelah anda berkahwin dan mendapati bahawa pasangan tak boleh me"realisasikan anak", ini BUKANLAH alasan untuk kawin lain. Sebabnya isteri bukanlah kilang anak macam Texas Instrument atau Harris. Saya bersimpati dengan mereka yang berkahwin SEMATA-MATA KERANA ZURIAT.
Why...again, berkahwin "for the wrong reasons". Sebabnya kalau setakat nak buat anak, lebih baik merayau kat red light area di Bukit Bintang atau Lrg Hj Taib, rescue mana-mana pelacur kat situ (dapat juga pahala) dan terus ajak kawin. Atau cari mana-mana pendatang asing yang nakkan kerakyatan. Tak perlu ada cinta...yer la...nak anak sajer, kan??
Accept the fact that anak itu adalah anugerah Tuhan. Anak adalah "life" dan hanya Tuhan yang boleh memberikan nyawa. Kalau Tuhan tak kasi, mungkin perlu tanyakan pada diri kita adakah kita benar-benar bersedia untuk mempunyai anak. Again, Qada and Qadar play their roles here.
Kalau tak leh dapat anak, cari anak angkat. Kalau pegi lawat kat Rumah Kebajikan Masih banyak anak yatim piatu yang dahagakan kasih ibubapa. Take them in and make someone happy. Zuriat zahiriah yang berasal dari kromosom kita bagi saya adalah artificial.
Hakikatnya setiap bayi dilahirkan seperti kain putih...ibubapa yang akan mencorakkannya menjadi Islam, Yahudi atau Nasrani. Anak 'sendiri' pun, kalau tak tahu jaga dan diberi didikan yang betul, nanti bila anak kita ditangkap kerana mengedar dadah atau berbuat onar --- tak nak mengaku keturunan lak...; "hang habag nama hang tapi jangan habag hang bin/binti sapa..ok??"
KESIMPULANNYA
Bagi saya, sebelum berkahwin, kita perlu cuba membayangkan "boleh tak aku stick with him/her WALAU APA PUN TERJADI??". Cuba bayangkan scenario kalau-kalau tak leh dapat anak, kalau pasangan berubah bentuk jadi macam bontot bas dan cuba minta housemate/family pasangan anda ambik gambarnya waktu beliau baru bangun tidur. Tengok gambar tu betul-betul. Siti Nurhaliza bangun tidur pun muka macam hantu.
Kalau anda boleh terima hakikat bahawa inilah rupa orang yang akan bangun tidur bersama anda sampai hari salah seorang dari anda dipanggil ke pangkuan Ilahi, then proceed. Kalau tak...maknanya you're not ready for other 'shocking' surprises that your partner will be disclosing in due time after marriage...
Cubalah buang jauh-jauh imej "Mr/Ms Perfect" yang kita ada. At least kalau pasangan kita menepati 60% dari imej tuh pun dah cukup bagus. Memang perlu ada satu 'standard' yang ditetapkan secara individu dalam mencari pasangan, tapi janganlah terlalu 'taksub' dengan imej tersebut. Kalau masih lagi nak berpegang teguh pada imej perfect nih, then do yourself a favour and learn about Artificial Intelligence...he...he...
Hmm...dan akhir sekali, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Kalau dah memang 'tertulis' tuh, ader lah...kalau dah takder tu, takderlah....Kita cuma perlu berusaha...Tuhan yang menentukan segalanya.
Excerpt from mgss.de nukilan Mr.Kob
30 May 2008
Sayangilah wanitamu
"DALAM hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki [qowwamun] semakin kurang sehingga 50 wanita hanya dilindungi seorang lelaki. (Bukhari dan Muslim)"
Ia adalah satu topik menarik yang selalu dibincangkan dalam pelbagai forum kebapaan iaitu seolah-olah kini nilai kelelakian semakin pupus sama ada dari segi mahupun tanggungjawab. Mengapakah fenomena ini terjadi, apakah puncanya, dan bagaimanakah langkah terbaik untuk mengatasinya? Mungkin ramai yang beranggapan ia membawa maksud bertambahnya bilangan lelaki lembut yang meniru gaya hidup wanita, seperti yang pernah dibincangkan di akhbar tempatan suatu masa dahulu, atau semakin kurangnya bilangan lelaki di dunia pada masa ini.
Pada hakikatnya yang dimaksudkan ialah kurangnya lelaki yang menjalankan peranan mereka sebagai lelaki seperti yang diperintahkan Allah di dalam al-Quran iaitu lelaki sebagai qowwamun (pelindung) kepada wanita.
Allah berfirman di dalam surah an Nisa ayat 34: Yang bermaksud: Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.
Lelaki mendapat dua bahagian lebih daripada kaum wanita dalam pembahagian harta pusaka, lelaki dikehendaki membayar mahar apabila berkahwin, lelaki dikehendaki menggauli isterinya dengan baik, lelaki juga diizinkan berpoligami hingga 4 orang isteri dengan syarat mampu berlaku adil. Mengapakah lelaki diberi kelebihan oleh Allah daripada wanita dalam banyak perkara?
Jawapannya ialah kerana lelaki itu memimpin perempuan, bukan perempuan memimpin lelaki dan tidak pula sama kedudukannya. Lelaki memimpin wanita bukan sahaja berlaku pada manusia, bahkan pada haiwan. Lihatlah bagaimana haiwan jantan memimpin yang betina. Jika ada sekumpulan itik jantan dan betina maka itik jantan yang memimpin berpuluh-puluh itik yang mengiringinya dan begitulah seterusnya.
Maksud hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa antara tanda akhir zaman ialah lelaki semakin kurang daripada wanita dan yang lebih parah, 50 wanita hanya dijaga seorang lelaki. Merujuk kepada matan hadis itu, Rasulullah juga menggunakan perkataan qowwamun yang bermaksud pelindung untuk 50 wanita dan baginda tidak menggunakan perkataan ar-rijal yang membawa makna lelaki di dalam bahasa Arab.
Maksudnya, golongan lelaki yang menjaga wanita semakin sedikit bilangannya pada hari ini. Yang ramai ialah lelaki yang tidak menjadi penjaga wanita, sebaliknya mengeksploitasi, merogol dan menjadikan mereka sebagai alat melepaskan nafsu. Lihatlah laporan yang selalu dipaparkan di media cetak dan elektronik mengenai moral atau akhlak masyarakat kita, khususnya orang Melayu Islam yang semakin hari semakin tenat. Peningkatan kes rogol, sumbang mahram, bunuh, samun, ragut wanita, dera isteri, anak dan pembantu rumah, jelas menunjukkan betapa hilangnya nilai serta peranan ramai lelaki di negara ini. Fenomena ini bukanlah merujuk kepada hilangnya sifat kelelakian kerana mereka bertukar jantina, tetapi disebabkan tidak menjalankan tugas sebagai lelaki yang sebenarnya sebagai pelindung kepada wanita, seperti yang termaktub di dalam al- Quran dan hadis nabi.
Jika seseorang lelaki itu mempunyai sifat pelindung maka dia akan melihat wanita sebagai kelompok insan yang memerlukan perlindungan, dihormati, dijaga maruah mereka, tidak dikasari, tidak diekspolitasi, apatah lagi diperlakukan sesuka hati seumpama barang mainan. Pendek kata jika masyarakat mempunyai ramai lelaki pelindung, kuranglah masalah kekeluargaan dan sosial. Dalam kehidupan berkeluarga, masyarakat amat memerlukan lelaki bersifat pelindung. Mereka tidak akan malas di rumah dan membiarkan isteri dan anak sahaja membanting tulang setiap hari. Selain itu mereka tidak akan memukul atau mendera sama ada isteri mahupun anak, tidak menengking, tidak mengherdik, tidak memaki, mencaci dan mencarut kepada isteri dan ahli keluarganya. Lelaki pelindung juga tidak akan menggadaikan maruah anak dan isterinya walau sesulit manapun masalah yang dihadapinya.
Sayangnya lelaki pelindung semakin pupus bilangannya dalam masyarakat hari ini. Namun, wanita juga turut menyumbang kepada pelupusan sifat pelindung lelaki berikutan lantangnya suara sumbang golongan aktivis wanita yang ingin menyamaratakan taraf wanita dan lelaki tanpa menyedari akan risikonya. Mereka juga galak menyeru kepada usaha dominasi wanita terhadap tugas yang selama ini dipegang kaum lelaki. Pada masa sama, semakin ramai pula wanita yang rela diri mereka dieksploitasi oleh lelaki yang mementingkan nafsu dan keuntungan material semata-mata, hingga wujudnya golongan Pelayan Pelanggan (GRO) atau pelacur yang dianggap bukan lagi suatu masalah dalam masyarakat. Media massa berlumba-lumba menggunakan wanita untuk melariskan produk mereka. Apa logiknya wanita berpakaian ketat dan seksi berbaring di atas kereta baru yang hendak dilancarkan?
Perkara seumpama ini tidak akan berlaku jika lelaki mempunyai sifat pelindung dan wanita pula menyedari mereka wajib dilindungi, bukan dieksploitasi atau diperalatkan untuk kepentingan duniawi. Persoalannya, bagaimanakah caranya untuk menyedarkan kaum lelaki mengenai tugas mereka? Dalam hal ini, lelaki Muslim perlu menyedari kedudukan mereka di hadapan Allah dan kembali kepada Islam yang mengangkat martabat wanita dengan lelaki sebagai pelindung martabat tersebut. Jika lelaki Muslim sedar bahawa dia hamba Allah, maka dia wajib menurut perintah Allah.
Jika ingin mengikuti perintah Allah, dia wajib patuh ajaran al- Quran yang menyuruh lelaki menjadi pelindung kepada wanita dan mengikut contoh pelindung terbaik iaitu baginda Rasulullah saw. Rasulullah tidak pernah menyakiti apatah lagi menganiaya dan menzalimi wanita, terutama isteri baginda sendiri. Baginda mengajar kita melindungi wanita yang menjadi sebahagian daripada unsur utama masyarakat Islam. Dengan mengikuti sunnah Baginda, seseorang lelaki itu akan sentiasa menjadi pelindung kepada wanita.
Sabda Rasulullah di dalam sebuah hadis : Daripada Muawiyah b Haidah al Qusyairi bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah: Ya Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suaminya. Baginda menjawab, jika engkau makan dia pun hendaklah diberi makan, jika engkau membuat pakaian, dia hendaklah diberi pakaian, kalau memukul jangan mukanya dipukul dan jangan dikatakan dia buruk. (Abu Daud)
Salahkah Berkahwin Kerana Seks?
Manusia diciptakan dengan keperluan dan kehendak yang berbagai. Salah satunya naluri semulajadi terhadap pasangan berlainan jantina. Dalam soal ini, agama Islam, sebagai agama fitrah, menganjurkan perkahwinan, bagi mengatur perlaksanaannya agar perkahwinan itu mendatangkan kebaikan kepada manusia. Apabila isu perkahwinan misyar disensasikan oleh media-media tempatan, khususnya pihak akhbar, masyarakat menjadi keliru. Masyarakat Islam, dalam melihat isu ini, sebagaimana biasa, berpecah kepada dua pihak: yang menerima dan yang menentang. Masyarakat bukan Islam pula sebahagiannya mungkin tertanya-tanya apa yang berlaku, sebahagian lagi tersenyum sinis, manakala yang lain ketawa terbahak-bahak melihat lelucun yang dipersembahkan. Apa yang dinamakan misyar itu bukanlah sebenarnya isu. Banyak lagi perkara lain yang penting, yang patut kita berikan perhatian. Namun, oleh kerana ia telah ditimbulkan dan digembar-gemburkan, mahu tidak mahu sesuatu mesti dinyatakan agar masyarakat beroleh kefahaman, dan tidak dikelirukan oleh kenyataan-kenyataan yang bercanggah. Pihak yang menyokong atau menentang misyar berhujah berdasarkan apa yang mereka anggap tujuan sebenar perkahwinan. Yang menyokong melihat misyar sebagai satu jalan membolehkan wanita-wanita yang berada dan berkedudukan tinggi tetapi tidak bersuami berpeluang bersuami. Yang menentang pula melihat misyar sebagai penghinaan kepada kemuliaan kepada institusi perkahwinan, yang sepatutnya berasaskan kepada cinta, dan tanggungjawab; sedangkan suami, dalam perkahwinan misyar hanya melunaskan kehendak seksual isterinya, dan tidak bertanggungjawab menyediakan nafkah zahir. Pandangan yang adil terhadap perkara ini hanya dapat diperolehi apabila kita mengetepikan emosi, dan cuba menganalisa alasan-alasan yang diberikan secara objektif. Kalau kita kembali kepada persoalan kehendak dan keperluan, yang mesti diperjelaskan di sini ialah kenapa seseorang itu (lelaki atau perempuan) berkahwin, yakni niat perkahwinan. Dalam sebuah hadis yang terkenal, Rasulullah s.a.w. menyatakan empat alasan seseorang wanita itu dipilih untuk dikahwini: kecantikan, harta, keturunan, dan agama. Dari kesemua alasan itu, tegas baginda, yang terakhir, yakni agama, adalah alasan yang paling mulia, dan patut menjadi pertimbangan utama. Hadis ini tidak menyatakan alasan-alasan yang lain tidak sah dijadikan alasan untuk berkahwin, tetapi menegaskan seseorang wanita atau lelaki yang bakal dikahwini itu patut dikahwini kerana kecintaan terhadap sifatnya yang batin, iaitu akhlak. Yang lain itu adalah perkara-perkara luaran, yang tidak boleh dinafikan daya tarikannya kepada manusia sehingga membawa kepada terbinanya perkahwinan. Salahkah seseorang itu berkahwin dengan seseorang yang dikehendakinya kerana keperluan seks, harta, dan keturunan? Jawapannya tidak salah, walaupun kita boleh mengatakan bahawa alasan-alasan itu tidak sepatutnya menjadi alasan pertama. | | Dalam perkahwinan biasa, keempat-empat alasan yang disebutkan dalam hadis di atas ada dengan kadar, dan susunan keutamaan yang berbeza bagi setiap pasangan. Perkahwinan misyar diamalkan dalam suasana-suasana yang khusus, yang berlainan daripada perkahwinan biasa. Kita boleh bayangkan wanita (atau lelaki) yang mungkin tidak berhajatkan keperluan-keperluan kebendaan kerana semua itu sudah lebih dari mencukupi baginya. Dia juga mungkin tidak perlukan anak kerana sudah mempunyai anak dari perkahwinan terdahulu. Katakanlah apa yang dia benar-benar hajatkan ialah keperluan seksual; salahkah dia berkahwin dengan seseorang yang bersedia memenuhi keperluannya itu secara halal? Si suami tidak boleh dituduh tidak bertanggungjawaab semata-mata kerana tidak menyediakan nafkah zahir. Sebaliknya, dia hanya bertanggungjawab memenuhi tanggungjawab seksual isterinya. Oleh kerana perkahwinan ini diasaskan kepada keperluan-keperluan khusus yang mungkin bersifat sementara, ia mungkin berakhir dengan perceraian apabila keperluan-keperluan itu tidak lagi wujud atau gagal dipenuhi. Sekali lagi, apa salahnya bercerai dengan baik dan membuka ruang kepada kepada kedua-dua pihak menjalinkan hubungan baru dengan pasangan lain yang mungkin lebih serasi. Walaupun apa yang dinyatakan ini mungkin menimbulkan rasa ‘meluat’ atau marah sesetengah pihak, tetapi kemungkinan yang disebutkan di atas tidak boleh dinafikan wujudnya, walaupun hanya dalam jumlah yang kecil. Perkahwinan misyar membuktikan bahawa Islam itu mudah, dan mengambil kira keperluan-keperluan golongan sebegini. Seperti yang telah dinyatakan, perkahwinan misyar bukanlah perkahwinan biasa, oleh itu sifat hubungan antara suami dan isteri dalam perkahwinan ini ada kelainan-kelainannya. Adalah tidak adil kita mencerca mereka dengan cercaan seperti ‘pelacuran terhormat’ sedangkan mereka berkahwin, dan hakikat bahawa mereka berkahwin menunjukkan mereka menghormati batas-batas agama, dan mengamalkan ketelusan dalam hubungan mereka. Tulisan ini tidak harus difahami sebagai menyokong atau menggalakkan perkahwinan misyar. Sebaliknya, ia menyeru para pembaca melihat persoalan ini dari perspektif yang lebih menyeluruh agar pertimbangan yang adil dapat diberikan. Bahkan, seperti yang dinyatakan di atas, bukan isu ini yang ingin kita tonjolkan, tetapi bagaimana kita, umat Islam hari ini, sepatutnya memberikan tindak balas terhadap masalah-masalah yang berbangkit di kalangan mereka. Hukum-hakam Islam bukan ditentukan oleh pandangan-pandangan emosional kumpulan-kumpulan yang berkepentingan dalam masyarakat. Ia dibina atas dalil-dalil yang sah, dan kefahaman dan tafsiran yang benar terhadap dalil-dalil berkenaan. Hukum tidak boleh dipisahkan dari hikmah (kebijaksanaan), dan hikmah tidak boleh dipisahkan dari al-Hakim, Tuhan Yang Maha Bijaksana, yang menurunkan hukum, dan memberikan kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikehendakiNya memahami hukum-hukumNya. |
oleh: Md. Asham B. Ahmad, Fellow, Pusat Syari'ah, Undang-undang dan Sains Politik IKIM
sumber: IKIM