31 May 2008

This Old Thing Called Love

Dua jiwa dua wajah, bertemu dan saling jatuh cinta (atau dia orang RASA yang dia orang jatuh cinta). Jatuh cinta terhempap terduduk nih sebenarnya ada banyak sebab... rupa, harta, nak pass on zuriat, seks, obsession, gila nikah, dsb. Memang banyak sebabnya kalau ditanya. Tak kurang juga yang mengatakan bahawa "misteri cinta... hanya Tuhan saja yang tahu sebabnya"...

Lepas tu mulalah bermadah, berseloka berjiwang, pijak semut tak mati, mandi tak basah sebab tak siram betul-betul, tidur tak lena sebab nyamuk banyak, dsb.

ALL THE WRONG REASONS
Bagi saya, jika sesuatu pasangan "jatuh cinta" dan berhasrat untuk bersatu secara sah DENGAN SEBAB YANG SALAH (all the wrong reasons).. be it for looks, wealth, sex, etc.... apabila tiba satu insiden yang 'menghilangkan' kualiti sedemikian pada pasangan tersebut, maka yang satu lagi akan mula berubah hati.

Contohnya, Abu kawin dengan Minah sebab utamanya kerana Minah nih sekali pandang macam Maya Karin dan Abu ni pulak memang terkenal dengan kejantanannya. Apa jadi jika ditakdirkan satu hari nanti Minah berubah rupa dan bentuk seperti belakang bontot bas dan Abu terpaksa melawat mereka yang memberi khidmat "Khusus Untuk Lelaki" but to no avail?

Jadi yang paling penting ialah NAWAITU.... and the safest, the best Nawaitu in my opinion is loving/marrying someone "kerana Allah"..

Other than that, it's because of the person he/she REALLY is and NOT the person you WANT him/her to be...get that right, first of all...


KEBEBASAN YANG DIBELENGGU
Satu lagi alasan ialah kerana "menginginkan teman hidup yang seiring sejalan, memahami dan sentiasa bersama". Pada pendapat saya, dalam setiap perkahwinan, kedua-dua pasangan perlu tahu membawa diri. Perlu ada satu ruang "kebebasan" dalam setiap pasangan yang mana pasangan yang lain tidak boleh campur.

Kebebasan ini bukanlah kebebasan untuk "main kayu tiga", atau macam Bill Gates yang buat rule supaya isterinya membenarkan beliau bersama dengan bekas kekasihnya sekali dalam setahun. Kebebasan yang saya maksudkan ialah "room to move". Ruang untuk masing-masing berdiri sebagai individu.

Ini memandangkan bahawa batiniah manusia secara umumnya, TAK BOLEH DIBELENGGU SEPENUHNYA. Kalau dibelenggu teruk, jiwa akan memberontak dan akan mula melakukan perkara yang tak sepatutnya dilakukan. Kalau dibelenggu teruk, pasangan kita akan mula muak dan mencari jalan untuk membebaskan diri
Dari belenggu tersebut.


THERE ARE NO MR/MS PERFECT
Dari remaja -- terutama bila menonton filem Hindustan, dengar lagu cintan, minat celebriti ini itu, baca Mills and Boon, dsb -- kita telah membentuk satu imej yang kita anggap sebagai 'Mr/Ms Perfect" yang kita inginkan dalam hidup. Kadangkala kita jatuh cinta dengan "cinta" itu sendiri dan bukan pada orangnya.

Bila kita bertemu seseorang yang menepati gambaran "Mr/Ms Perfect" kita tuh, kita mulalah angau. Terutamanya kalau cinta berbalas. Kemudian, mungkin dengan tak berfikir panjang kita terus berhasrat untuk bersatu.

Namun selepas berkahwin, lepas masuk dan bangun tidur di sebelah muka/bau yang sama day in day out, mungkin kita akan terdetik bahwa "dia ni bukan macam yang aku bayang dulu". Mereka yang beranggapan begini adalah mereka yang tak dapat menerima hakikat bahawa beliau sebenarnya TIDAK MENYINTAI PASANGANNYA.

Bagi saya, kalau benar-benar cinta, you'll accept your partner as he/she is. Menerima kekurangan dan kelebihannya. Menerima kebaikan dan keburukannya. And above all, remain true to each other. Realiti adalah jauh bezanya dari fantasi. Jangan banyak sangat merewang tak berpijak di bumi nyata. Kelak bila jatuh merudum kena pakai plaster satu badan...

Lebih memudaratkan kalau salah seorang pasangan tadi bertemu orang lain yang KONONNYA menepati gambaran "Mr/Ms Perfect" tadi. And the vicious circle began all over again...fall in love, buat affair, kawin and lastly terdetik sekali lagi bahwa "dia ni bukan macam yang aku bayang dulu".

We have to BREAK AWAY from the circle.


EVERYONE LIKE SURPRISES
Sebelum saya kahwin dulu, Pak Long saya ada beri nasihat --- "masa kawin, Asrul cuma akan tahu 30% dari Nani (orang rumah sayer sekarang). Yang 70% lagi hanya boleh diketahui lepas berkahwin dan ianya bergantung pada camner Asrul sendiri membentuk isteri".

Err...I am STILL discovering, Pak Long!!!

Mungkin perlu ditinggalkan sedikit "misteri" untuk pasangan kita "discover" dari masa ke semasa. To me, the key to a successful marriage (besides trust and love), ialah surprises and sponteniety. Just when you thought that it's time for you to visit the marriage lawyer or mahkamah syariah, your partner will come up with something new that makes you fall in love with him/her all over again.

Hakikatnya ialah kerana lelaki dan wanita dijadikan Tuhan sebagai 2 species yang berbeza, terutamanya dari segi batiniah dan mainan perasaan. Bila tiada lagi yang 'misteri', mungkin itulah permulaan masing-masing 'berubah hati' terutama jika sebab sebenar mereka berkahwin pada awalnya tadi sememangnya salah.


TAKDER ZURIAT
Berbalik semula pada "There Are No Mr/Ms Perfect". Jika setelah anda berkahwin dan mendapati bahawa pasangan tak boleh me"realisasikan anak", ini BUKANLAH alasan untuk kawin lain. Sebabnya isteri bukanlah kilang anak macam Texas Instrument atau Harris. Saya bersimpati dengan mereka yang berkahwin SEMATA-MATA KERANA ZURIAT.

Why...again, berkahwin "for the wrong reasons". Sebabnya kalau setakat nak buat anak, lebih baik merayau kat red light area di Bukit Bintang atau Lrg Hj Taib, rescue mana-mana pelacur kat situ (dapat juga pahala) dan terus ajak kawin. Atau cari mana-mana pendatang asing yang nakkan kerakyatan. Tak perlu ada cinta...yer la...nak anak sajer, kan??

Accept the fact that anak itu adalah anugerah Tuhan. Anak adalah "life" dan hanya Tuhan yang boleh memberikan nyawa. Kalau Tuhan tak kasi, mungkin perlu tanyakan pada diri kita adakah kita benar-benar bersedia untuk mempunyai anak. Again, Qada and Qadar play their roles here.

Kalau tak leh dapat anak, cari anak angkat. Kalau pegi lawat kat Rumah Kebajikan Masih banyak anak yatim piatu yang dahagakan kasih ibubapa. Take them in and make someone happy. Zuriat zahiriah yang berasal dari kromosom kita bagi saya adalah artificial.

Hakikatnya setiap bayi dilahirkan seperti kain putih...ibubapa yang akan mencorakkannya menjadi Islam, Yahudi atau Nasrani. Anak 'sendiri' pun, kalau tak tahu jaga dan diberi didikan yang betul, nanti bila anak kita ditangkap kerana mengedar dadah atau berbuat onar --- tak nak mengaku keturunan lak...; "hang habag nama hang tapi jangan habag hang bin/binti sapa..ok??"


KESIMPULANNYA
Bagi saya, sebelum berkahwin, kita perlu cuba membayangkan "boleh tak aku stick with him/her WALAU APA PUN TERJADI??". Cuba bayangkan scenario kalau-kalau tak leh dapat anak, kalau pasangan berubah bentuk jadi macam bontot bas dan cuba minta housemate/family pasangan anda ambik gambarnya waktu beliau baru bangun tidur. Tengok gambar tu betul-betul. Siti Nurhaliza bangun tidur pun muka macam hantu.

Kalau anda boleh terima hakikat bahawa inilah rupa orang yang akan bangun tidur bersama anda sampai hari salah seorang dari anda dipanggil ke pangkuan Ilahi, then proceed. Kalau tak...maknanya you're not ready for other 'shocking' surprises that your partner will be disclosing in due time after marriage...

Cubalah buang jauh-jauh imej "Mr/Ms Perfect" yang kita ada. At least kalau pasangan kita menepati 60% dari imej tuh pun dah cukup bagus. Memang perlu ada satu 'standard' yang ditetapkan secara individu dalam mencari pasangan, tapi janganlah terlalu 'taksub' dengan imej tersebut. Kalau masih lagi nak berpegang teguh pada imej perfect nih, then do yourself a favour and learn about Artificial Intelligence...he...he...

Hmm...dan akhir sekali, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Kalau dah memang 'tertulis' tuh, ader lah...kalau dah takder tu, takderlah....Kita cuma perlu berusaha...Tuhan yang menentukan segalanya.

Excerpt from mgss.de nukilan Mr.Kob

1 comment:

Anonymous said...

hiks agree wif u..
cemane lak dgn sifir hidup bahawe perempuan baik adelah untuk lelaki baik?sbb adekale nyer perkahwinan adelah satu ujian buat hambaNya :)