Jumaat 30.05 2008
Akhbar Das Bild melaporkan seorang remaja wanita ditahan polis di Chemnitz, Bayern kerana membuang bayi. Bayi yang dibuang remaja tersebut dijumpai di tempat pengasingan sampah di Wiesa, Sachsen. Apa yang menarik tentang berita ini adalah cara pihak berkuasa Jerman mencari Remaja tersebut. Polis Jerman retrace perjalanan lorisampah yang dikatakan membawa mayat bayi tersebut dan mendapati mayat bayi tersebut berasal dari sebauh perkampungan. Akibatnya seramai 80 wanita di kampung tersebut diarahkan untuk menjalankan ujian DNA. Keputusan Ujian itulah yang membuatkan remaja wanita tersebut ditahan dan akan didakwa.
Perkara ini sememangnya patut dicontohi oleh Polis Malaysia bagi menyelesaikan kes buang bayi. Pihak Hospital boleh mewujudkan bank DNA. Jadi setiap kali ada kes bayi dibuang, uji DNA bayi tersebut dan bandingkan dengan bank data ada. Maka pembuang bayi boleh terus dikenalpasti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment