01 June 2008

Cara berfikir menurut Al-Quran

Pertama sekali. Sebelum bermula, kita bincang dulu tentang cara berfikir untuk menghadapi isu sebegini.

Pertama, firman Allah di dalam Surah An-Nur ayat 59, "...jika kamu berlainan pendapat mengenai sesuatu, kembalikanlah ia kepada Al-Quran dan Sunnahnya, JIKA KAMU BENAR - BENAR BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI KEMUDIAN".

Kedua, tidak menilai peribadi siapa yang berkata, sama ada dia mufti atau sekadar manusia biasa, tetapi menilai apa yang dikata, bukan berdasarkan logik akal semata, tetapi berdasarkan
Al-Quran dan Sunnah.

Ketiga, berpegang kepada Al-Maidah ayat 8, "...dan janganlah kebencian kamu terhadap sesuatu golongan atau kaum itu mendorong kamu untuk tidak bersikap adil, berlaku adillah, kerana ia lebih dekat dengan takwa.." Tidak kiralah jika hujah itu datang dari golongan Salafi ke, PAS ke, UMNO ke, pondok ke, Sister in Islam ke atau Astora Jabat pun sekali, kita tidak
menilai peribadi, tetapi kita teliti hujah mereka, dan membalas dengan hujah juga.

Keempat, Al-Hujurat ayat6, "..jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti..".

Ini adalah kaedah berfikir.Contoh implementasi kaedah, jika ada orang memberitahu kita bahawa epal itu hijau walhal kita sudah biasa turun temurun bahawa epal itu merah, janganlah kita terus menolak, tetapi kita lihat bukti dan hujah mengapa beliau mengatakan demikian, jika dia benar kita setuju, jika hujahnya tidak meyakinkan kita setelah diteliti tanpa bias dan
emosional, barulah kita menolaknya.

An excerpt from "Kontroversi Isu Khalwat - Satu Penjelasan" by Azmil Abrar in Idealis Mahasiswa

No comments: