GAGASAN PERTAMA: Akan pentingnya kepimpinan politik berperanan sebagai penggerak dan peneraju kepada kepimpinan-kepimpinan lain. Betapa pentingnya kepimpinan politik memperlihatkan sebaik contoh untuk dapat dihormati dengan memperlihatkan sifat-sifat kejujuran, kerajinan, ketekunan dan kesungguhan. Bahawa kepimpinan yang dihormati akan dapat menjadi kepimpinan yang berkesan, kepimpinan yang menjadi contoh teladan. Pendekatan membina kekuatan rohani, penghayatan kepada amal makruf, keinsafan kepada kekuasaan Ilahi, adalah pendekatan yang diperkenalkan oleh kepimpinan Rasulullah s.a.w. hingga para sahabat, barisan pemimpin dan umat Islam ketika itu begitu kuat – begitu teguh iman, berjaya melaksanakan tugas dalam semangat amal makruf nahi mungkar. Itulah bentuk pimpinan politik yang harus dibina.
GAGASAN KEDUA: Disuburkan sistem demokrasi melalui tanggungjawab secara kolektif dengan peringatan bahawa demokrasi tidak bererti kebebasan mutlak yang membolehkan kebebasan untuk menyentuh sensitiviti agama, kaum, budaya dan bahasa. Demokrasi mengutamakan amalan perundingan – budaya perbincangan.
GAGASAN KETIGA: Membangunkan modal insan; melalui program pendidikan berkualiti dan holistik untuk memperlengkapkan warga Malaysia bagi menghadapi dunia global; disusuli dengan kelahiran masyarakat kreatif dan inovatif yang menjadi komponen kepada barisan warga berfikiran dan berbudaya kelas pertama. Kita memerlukan barisan warga yang menguasai pengetahuan, ilmu, kemahiran dan maklumat. Dasar jangka panjang terbaik untuk meningkatkan daya saing kita ialah melalui sistem pendidikan yang moden lagi dinamik. Langkah ke hadapan bukanlah lagi melalui penawaran kos buruh yang rendah tetapi Malaysia harus beridentitikan tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Oleh itu kita perlu terus menekankan aspek kecemerlangan. Sungguhpun kita tidak mahu mana-mana kaum ketinggalan dari segi pencapaian pendidikan, kita hendaklah menggalakkan meritokrasi yang akan kita uruskan secara bijaksana. Kita mahu memastikan yang terbaik dan yang paling memerlukan di kalangan bumiputera diberi bantuan. Oleh itu, kita tidak perlu menimbulkan keresahan dengan beranggapan bumiputera akan lenyap dengan amalan meritokrasi, bahkan kita perlu menjadikan misi, supaya di suatu hari yang tidak begitu jauh, pencapaian akademik bangsa terserlah dengan cemerlang.
GAGASAN KEEMPAT: Menjamin pertumbuhan ekonomi dengan menerokai sumber baru, memastikan berlakunya kesaksamaan dalam pembahagian, memberi fokus kepada pembangunan luar bandar, dan memodenkan sektor pertanian. Kita harus pantas memanfaatkan peluang yang dibawa oleh pembangunan koridor-koridor tersebut yang bakal membawa pembangunan ke setiap pelosok negara serta melimpahkan peluang-peluang baru ekonomi terutamanya di kalangan bumiputera. Pembangunan sektor pertanian kepada tahap nilai tambah yang lebih tinggi akan memberi kelebihan persaingan kepada negara. Langkah membangunkan sektor pertanian dan industri asas tani, bukan langkah ke belakang. Malah kekuatan sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi adalah asas kepada kekuatan ekonomi negara maju. Pembangunan sektor pertanian yang lebih mantap juga secara langsung membantu pencapaian objektif sosioekonomi negara untuk mengimbangkan pendapatan warga. Bahawa sektor pertanian tertumpu di kawasan luar bandar, kawasan yang majoriti penghuninya adalah bumiputera. Pembangunan sektor pertanian dan industri asas tani berupaya menambah pendapatan serta meningkatkan mutu kehidupan petani, penternak dan nelayan.
GAGASAN KELIMA: Membangunkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera dan Masyarakat Sains dan Teknologi Bumiputera ke tahap yang dapat mengimbangkan kesaksamaan pembahagian. Misi Nasional memberi tumpuan menangani masalah ketidaksamaan sosioekonomi secara membina dan produktif. Bahawa kerajaan mendukung matlamat membasmi kemiskinan, menjana pembangunan lebih seimbang, serta memastikan manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil lagi saksama. Matlamat kita haruslah jelas, bahawa apabila fajar menyingsing pada tahun 2020, warga di negara Malaysia yang maju, tidak boleh lagi diidentifikasikan dengan kemiskinan dan kemunduran. Kita tidak akan mewariskan kemiskinan dan kemunduran kepada masyarakat yang akan datang. Matlamat DEB untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat dari segi pengagihan peluang, pendapatan dan kekayaan secara saksama adalah lebih besar daripada aspek pegangan ekuiti. Kerajaan akan memberi fokus kepada usaha mengurangkan jurang pendapatan antara kaum. Keseimbangan yang benar-benar terjalin adalah prasyarat kepada pertumbuhan ekonomi yang mapan.
GAGASAN KEENAM: Mengiktiraf peranan sektor swasta untuk menjana pertumbuhan ekonomi terutama dalam mencipta peluang baru ekonomi. Inisiatif pembiayaan swasta, diperkenalkan sebagai pendekatan baru untuk merangsang pelaburan swasta menerusi pembangunan prasarana dan utiliti serta penglibatan mereka membangunkan kawasan dan wilayah.
GAGASAN KETUJUH: Meningkatkan prestasi sektor awam terutama memperbaiki sistem penyampaian dan berperanan sebagai pemudah cara membantu peranan sektor swasta. Amatlah penting bagi negara mempunyai sektor awam yang cekap dengan sistem penyampaian yang efisien.
GAGASAN KELAPAN: Menangani rasuah dengan penekanan kepada pendekatan pencegahan di samping pendekatan punitif. Teras kelima Misi Nasional secara jelas menyatakan komitmen kerajaan menangani isu-isu berhubung rasuah dan usaha meningkatkan integriti sektor awam, sektor swasta dan masyarakat umum. Tanpa nilai integriti, negara tidak boleh dikatakan negara maju dalam erti kata sebenar.
GAGASAN KESEMBILAN: Menguatkuasakan undang-undang secara tegas lagi telus terutama dalam menangani jenayah. Teras keempat Misi Nasional untuk meningkatkan tahap dan kemapanan kualiti hidup tidak akan tercapai sekiranya undang-undang yang ada untuk melindungi kehidupan warga mula dipinggirkan dan tidak lagi dihormati.
GAGASAN KESEPULUH: Menggalakkan penyertaan aktif warga muda dan emansipasi wanita yang lebih seimbang. Warga muda adalah aset dan sumber berharga negara yang akan mewarisi pimpinan untuk meneruskan hala tuju negara. Alhamdulillah, tatkala sebilangan besar negara maju menunjukkan populasi yang meningkat usia, Malaysia masih mempunyai peratusan besar penduduknya dari kalangan warga muda. Mereka harus dilibatkan secara aktif dari peringkat perancangan dan diberikan kepercayaan untuk sama-sama terlibat di peringkat perlaksanaan. Oleh itu kesaksamaan gender perlu dihormati. Wanita yang telah diberikan peluang telah membuktikan keupayaan mereka memenuhi tanggungjawab dengan cemerlang dan mengharumkan nama negara. Malaysia dikenali sebagai negara Islam yang begitu progresif menyediakan peluang dan memberikan pengiktirafan tinggi kepada wanita, baik dalam bidang urus tadbir, perniagaan, pendidikan, penguatkuasaan, perubatan, perbankan, kehakiman, dan pelbagai bidang lagi. Kerajaan turut prihatin terhadap keadaan wanita dari segi undang-undang dan bertekad untuk menyemak semula dan menyelaraskan undang-undang syariah keluarga untuk memastikan berlakunya keadilan. Semua ini menunjukkan perkembangan beransur yang dilakukan untuk tidak mendiskriminasikan kaum Hawa selaras dengan ajaran Islam itu sendiri
GAGASAN KESEBELAS: Mempertahankan kedaulatan negara bangsa di peringkat antarabangsa. Malaysia adalah sebuah negara yang dikenali sentiasa gigih mempertahankan kepentingan nasional. Kita kekal bebas dalam dasar luar kita tanpa pernah tunduk kepada tekanan atau terpaksa meminta bantuan pihak lain. Kita amat berbangga dengan kebebasan ini. Ia membolehkan kita merancang hala tuju negara tanpa perlu mengkompromikan kepentingan kita. Kita juga tidak membenarkan sesiapa mengambil kesempatan ke atas kita. Kepentingan kita akan dipertahankan dengan sebaik cara. Kita tidak sekali-kali akan mendedahkan Malaysia kepada keadaan yang kedudukan kita boleh dikompromikan atau tindakan undang-undang dikenakan terhadap kita. Setiap keputusan yang diambil adalah untuk melindungi kepentingan negara, tidak timbul soal berani ataupun takut. Setiap yang dilakukan ada akibatnya. Kita tidak akan meneruskan sesuatu, jika akibatnya boleh mengkompromikan kepentingan nasional.
GAGASAN KEDUA BELAS: Membina perpaduan nasional. Semangat bersatu dalam perjuangan dan semangat berkongsi kuasa, adalah tunjang kekuatan negara bangsa; bermula dari peringkat merintis perjuangan kemerdekaan sehinggalah kepada mengurus sebuah negara merdeka yang berjaya. Akhir-akhir ini kita menyaksikan peningkatan polemik berhubung isu kaum dan agama. Ia telah sampai ke tahap yang mencetuskan kebimbangan. Beberapa faktor menjadi penyebab kepada polemik yang berlaku. Salah satu daripadanya adalah persekitaran lebih terbuka hari ini yang membolehkan berlakunya perbahasan sehingga terlajak ke peringkat melanggar sempadan isu-isu sensitif menyentuh agama dan kaum. Islam menganjurkan pembangunan, pembinaan tamadun, perkembangan intelek dan perkembangan ilmu bagi membina kesejagatan kemanusiaan berlandaskan prinsip-prinsip keadilan, kesederhanaan, toleransi dan saling menghormati supaya dunia dan manusia dapat hidup dalam rukun, aman, sejahtera dan makmur.
Islam adalah agama sempurna yang diturunkan Allah s.w.t. kepada kita. Manusia dengan segala kekurangan dan kurang kefahaman telah mencemarkan kesucian dan kemurnian Islam. Ada kalanya kita gagal melihat wujudnya satu cara hidup yang lengkap di dalam Islam, mencakupi pembangunan spiritual, fizikal, mental dan material. Allah s.w.t. mencipta dunia dan akhirat. Kalau kita hanya menumpu kepada akhirat, kita akan mensia-siakan kewujudan kita di dunia ini. Sebaliknya, Allah s.w.t. mengingatkan bahawa pencapaian kita di alam fana ini tidak kurang pentingnya daripada apa yang kita cari dan sediakan untuk bekalan di alam baqa.
Islam Hadhari ialah untuk mengingatkan kita bahawa agama Islam yang sempurna ini mengajar kita lebih daripada hukum-hakam dan larangan. Islam Hadhari adalah satu pendekatan atau manhaj. Ia adalah satu falsafah yang mengingatkan umat Islam bahawa pegangan kita menuntut kita mencapai kejayaan dunia. Kita sebenarnya mengkhianati Islam jika memilih untuk menolak kemajuan, taksub dengan konflik dan hidup dalam kejahilan. Kita mempunyai tanggungjawab untuk menyerlahkan keindahan dan kesempurnaan Islam dengan mencipta tamadun yang dihormati dan bukan sesuatu yang dilihat dengan hina dan curiga.
Malaysia di hari semalam, di era DEB diperkenalkan, ketika Wawasan 2020 dilancarkan berbeza dengan Malaysia di era ledakan teknologi maklumat. Kini ekonomi dunia lebih terbuka, negara tanpa sempadan adalah satu kenyataan, proses liberalisasi dan globalisasi terus melanda ekonomi dunia, persaingan peringkat antarabangsa menjadi lebih sengit; pelaksanaan dan pencapaian agenda sosial negara menjadi lebih sukar dan mencabar.
Para rasul dan nabi diturunkan di era yang berbeza bagi menghadapi situasi yang berbeza, namun setiap mereka berpegang kepada prinsip ketauhidan yang sama. Manusia juga diciptakan berbeza-beza. Malah yang dilahirkan kembar, sekalipun memiliki paras fizikal yang serupa semasa kelahiran, semakin mereka dewasa, rupa mereka semakin berbeza.
Perbezaan kaedah akan berlaku berasaskan keadaan semasa; ia adalah sesuatu yang normal. Janganlah kita bertelagah kerana kita berlainan cara dan berbeza gaya. Jangan sumber, tenaga, masa dan fikiran kita bazirkan dengan melakukan perkara-perkara yang destruktif yang merugikan semua pihak.
Petikan Ucapan dasar Presiden UMNO, DAtuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Perhimpunan Agong UMNO 2006.

No comments:
Post a Comment